Penguasa Hati

Penguasa Hati merupakan album studio kelima oleh kumpulan muzik Indonesia, Ungu. Album ini dikeluarkan pada 2009 dan diterbitkan oleh Trinity Optima Production. Album ini berbeza dengan album-album sebelum ini (yang didominasi muzik pop & rock) kerana terdapat beberapa buah lagu di dalam album ini yang mengandungi unsur muzik dangdut, salah satunya ialah "Hampa Hatiku" yang menjadi single hit pertamanya, lagu utama di dalam album ini ialah Hampa Hatiku, Dilema Cinta, Akulah Cintamu, Ku Ingin Selamanya, Luka Disini, dan Indonesiaku sebagai salah satu untuk runut bunyi filem Soekarno.